Lahirnya Imam Mahdi
Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda:
"Dunia tidak akan hilang (qiamat) sehinggalah bangsa Arab akan dikuasai
oleh seorang lelaki daripada keluarga ku (keturunan ku) yang namanya
sama dengan namaku".
(Riwayat Tirmizi)
Hadis ini menerangkan kepada kita bahawasanya dunia ini tidak akan qiamat sehinggalah bangsa Arab dan juga bangsa Ajam dikuasai oleh seorang lelaki keturunan Rasulullah saw., iaitu Imam Mahdi. Ia akan melaksanakan keadilan di permukaan bumi ini dan akan diikuti oleh seluruh kaum muslimin. Ia akan memerintah selama tujuh tahun.

Kemudian keluarlah Dajal dan turun pula Nabi Isa 'alaihis salam, dan Nabi Isalah yang akan membunuh Dajjal itu.
Menurut kebanyakan ulama, Imam Mahdi akan lahir disaat umat Islam
berpecah-belah dan dimasa pemerintahannya semua umat Islam akan bersatu
dan berjaya menundukkan seluruh bangsa yang ada di dunia ini dibawah
kekuasaan Islam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar